Tuesday, 14 June 2016

ASSALAMUAIKUM.....

 Bukan mudah untuk jatuh cinta kali yang ke-2 apabila putus cinta dan tunang ,,, aku bercinta dan bertunang dengan si dia selama 8 tahun selepas tamat tingkat 5.. kisah kami bukan lah sesuatu yang indah dikongsikan tetapi sahaja untuk melakar coretan tentang diri.. kami sering dipisah jarak dan waktu. Namun semua itu bukan penghalang pada kami sehingga tahun yang ke 7 kami bertunang.. perkahwinan kami sering ditangguhkan kerana masa masing-masing. Selepas keputusan spm keluar si dia mendapat tawaran kerja sebagai anggota polis di JB. Aku pulak sambung belajar tingkatan 6 di sekolah menengah kami .. 



SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak



Alhamdullilah... ku lulus untuk sambung belajar di uitm, shah alam ... mungkin jarak antara kami lebih dekat untuk berjumpa.. sepanjang belajar di Shah alam .. masing-masing kerap kali berjumpa walaupun jarak 5 jam kalau naik bas. selepas 3 tahun ku menamatkan zaman belajar ku di uitm shah alam dan ku mula bekerja di syarikat swasta di klang,selangor. bermacam-macam dugaan yang mendatang.Beginilah nasib seorang anak perantau tanpa keluarga di sisi menempuh dugaan sendirian. susah senang bangun sendiri. aku seorang yang malas menceritakan masalah aku pada keluarga. aku tidak mahu dorang akan susah hati.

Bermulanya tahun ke 7, ku mula menghidu kecurangan si dia... apa yang aku pakai dan tentang diri ku semua tak kena.. malah masa keluar bersama si dia sering berjalan jauh dari aku,, sepanjang 2 tahun juga ku hidup makan hati berulam jantung. Suatu hari dia pernah memutuskan hubungan kami tetapi aku seorang yang degil tidak setuju.. sebab masih cintakan dia.. gambar profile pun si dia tukar dengan gambar dia dengan perempuan lain .. hati ku terdetik selama ini ku betul-betul bodoh masih mengharapkan lelaki seperti si dia. bukan itu sahaja malah mereka sering bermula sedangkan jarak mereka Jb dengan Sabah.. sakit nya hanya Allah yang tahu.. dugaan ini betul-betul membuat aku berputus asa untuk terus hidup. rupa-rupanya selama ini aku menyintai seorang lelaki penipu.

 Genap  bulan Jun 2014 ku membuat keputusan untuk putus .. tidak sanggup untuk menanggung derita lagi. si dia memang tidak sanggup putus.. tetapi sebagai seorang wanita semua itu nanti hanya akan melukakan diri sendiri . bukan mudah untuk terima kenyataan ini.. aku hampir tidak wujud lagi dalam dunia ini.. ku hilang arah tujuan.. setiap malam aku tangisi perpisahan yang dicipta si dia.. sebulan selepas putus, aku mengenali bermacam-macam jenis lelaki.. kebanyakannya lebih suka mengambil kesempatan sehinggalah aku berjumpa dengan seorang lelaki iaitu abang e.. abang e banyak memberi sokongan kepada aku .. pendekkan cerita abang e banyak beri semangat.jika dibandingkan aku dengan abang e dugaan yang abg e alami lebih besar lagi... tapi abang memang seorang yang tabah. jujur aku cakap, sedikit rasa itu mula wujud terhadap abang e namun dia  tidak pernah bagi harapan terhadap aku . abang e pernah cakap " percaya pada jodoh, andai jodoh kita tak akan ke mana pun"  .. ku mula menjauhkan diri aku dari abang e... 


bak kata pepatah ' andai tertulis dia takdir kita tidak akan kemana pun'.... langit yang selalu nya mendung kini kembali cerah .. aku berkawan dengan seorang budak office aku ...masa tu raya tahun lepas. dia mengajak ku datang rumah untuk datang beraya. maklumlah anak perantau .. okey lah , aku pun follow beraya di rumah dia. hendak dijadikan cerita, dia mempunyai abang kembar seiras kebetulan masing-masing tengah single. sejak dari hari tu, aku mula mengenali mereka ini... tetapi sedikit konflik .. aku kena membuat keputusan untuk pilih antara satu dari dorang. bukan mudah...
walaupun masa tu bukan seorang muslim ku minta petunjuk .. akhir nya aku memilih si adik kembar untuk berkawan.. Mohd Fuad... seorang lelaki yang muncul dalam hidup ku memulihkan hati aku ... selama 3 bulan berkawan dengan mohd fuad ku masih terluka dengan kisah silam .. masih takut untuk menyintai dia... namun sedikit sebanyak ku lupa melupakan cinta pertama..


22/09/2015 satu tarikah keramat yang tidak mungkin aku lupa .. dengan sekali lafaz kalimah syahadah , aku sah bergelar seorang muallaf . Alhamdullilah ya Allah.. hidayah tu milik Allah. terasa di alam yang baru . Nikmat sebagai seorang muallaf tersangat istimewa ....


                                                                                                                     bersambung...